Friday, July 31, 2009

wajib tOntOn SETEM



Semalam...tanpa di rancang wida kua tgk wayang midnite...@ Sunway Pyramid...tak mcm ramai plak manusia kat ctu kan..yelah..mlm minggu...for sure lah rmai manusia nak overnite..

Smpai je..kat kaunter beratur pnjang gler...mase beratur tu still confuse nk tgk cter ape...the proposal ke...setem ke..sbb both film baru kuar lagik khamis lpas...so, afta discuss with yg lelain..kiteorg tgk je cter pa pe yg still available..masa tu da pnjang gler bratur...tkt full je film yg baru kua tuh...

at last, smpai kat kaunter tuh...wida tanya mamat yg kat kaunter tu..cter setem..penuh tak?..then dia ckp banyak lagi tempat...cik nak brapa org..? wida cakap 4 org...so..dapat lah tgk cter setem malam ne~ yeay!!

at 1st, wida da set dalam kpala otak yg cter ne..cter komedi..so..wajib GELAK lah kan..30min 1st..xde la kelakar sgt..tp..lama2...dan menjadi plak lucu nya...Afdlin Shauki..Sathyia..Shidi..pandai bawak cter tu lawak..wpun xdela lawak sgt..so far..oK la...kat blakang seat wida ada 1 geng cmpur pompuan laki...ada 1 mamat tuh btul2 blakang seat wida..asyik gelak je...gelaknye aje da bleh buat wida gelak..sengal~

cter setem neh mcm cter komedi..mengisahkan setem lah~hahahaha...nk tau lebey..p tgk sendiri lah...berbaloi la..korg beli tket rm10/rm12...nway..slamat nonton ya~haha..ch0w!

Thursday, July 30, 2009

sEriBu taHun taKkan mUngKin...


today...31st july...berakhirlah sebuah penantian..ceewahh..ngada plak cik wida nie kan..actually..arini..ex-bf wida yg sekian lama bercple dlu dah pun menjadi milik org lain..haihh..nk nyesal pun tarak guna kan..semoga beliau dan tunang beliau tu..bahagia hingga ke akhir hayat..


hurmm..tipu la kalu wida tak sedih kan..?sedih tu sedih la..itula bf yang pling lama wida cple slama nie..almost 6 years!since skola teknik...tp org kata..kalau dah bukan jodoh nak buat mcm mana kan..mesti korg smua nk tau nape kami bleh clash kan..setelah sekian lama menabur bunga2 chenta yang ntah apa2 tu..

smuanya mmg dah ditentukan...wida tak salahkan dia..tp smua mungkin dari silap wida sendiri yang tak penah bersyukur..dia terlalu baik buat wida dan jodohnye mesti dengan yang baik kan..so...sekarang wida dah tak bleh nak mengharapkan dia lagi..life must go on!

tO all my dear frens..hargailah sebaik mungkin pasangan korg...jgn jadikan alasan remeh temeh tuk mencari masalah...setia pada yang satu...jgn jadi mcm wida..setia pada yang lima! agagaga...

oops~terlebih suda..kepada Mohd Faizal B. Sabli...semoga..awk bahagia sehingga ke akhir hayat...maafkan saya sbb tak dapat menunaikan segala janji yang kononnya "seribu tahun takkan mungkin dlu.." im so sorry...

Thursday, July 23, 2009

pELaMin aNgaNkU mUsNah

Khabaran pesanan ringkas yang diterima Dania 5 jam yang lalu, hampir-hampir memberhentikan denyutan jantung Dania. Apakah semua ini kenyataan ataupun hanya ilusi semata-mata. Tanpa sedar air jernih mula tertitis di di pipi mulus Dania dan lalu dikesatkan tanpa menghiraukan dua lagi sahabat baiknya yang sedang menyaksikan satu episod tragis sahabat mereka.

“Nia...kau ok ke..?tanya Siti yang agak kehairanan melihat Dania menitiskan air mata apabila membaca pesanan ringkas yang di terima itu. Namun, pertanyaan Siti hanya berlalu begitu sahaja kerana Dania enggan bercakap walau sepatah kata. Wayang gambar dihadapan 3 gadis pingitan ini seakan-akan menamatkan tayangannya. Cerita itu berlalu begitu sahaja tanpa dimengertikan oleh Dania.

Pulang dari menonton wayang, akhirnya dia duduk berteleku menghadap sekeping potret yang masih tersimpan di celah-celah diari 2004 lamanya. Semenjak terputusnya hubungan Dania dan Hafiz, hanya potret itu sahajalah yang terselamat. Selebihnya, segala surat, gambar dan hadiah pemberian Hafiz habis di bakarnya.

***

Dania,seorang gadis tinggi lampai yang menjadi kegilaan ramai pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya. Namun, Dania sedikit pun tidak terpesona dengan ayat-ayat jiwang dalam surat cinta yang diterimanya. Tapi, sejak kehadiran Hafiz yang menjadi penghuni kelas 4 Teknik 1, satu kehidupan baru telah bermula bagi Dania. Hafiz merupakan seorang pelajar baru yang diterima masuk di sekolah itu dan menjadi kegilaan beberapa rakan-rakan Dania di sekolah.

“Dania, aku nak pinjam buku nota hang boleh..?” tanya Hafiz apabila dia disuruh oleh Cikgu Maria menyalin semua nota-nota yang dia tertinggal.

Sejak hari itu keakraban Dania dan Hafiz mula terlihat jelas oleh rakan-rakan dan guru-guru di sekolah mereka. Bermacam- macam buah mulut baik dan buruk yang kedengaran namun sedikitpun tidak menjejaskan keakraban mereka. Di kantin sekolah, di perpustakaan mahupun di bilik lukisan kejuteraan, Dania dan Hafiz pasti bersama. Di mana ada Dania disitulah ada Hafiz. Macam belangkas, bagaikan tidak lengkap hari tersebut tanpa salah seorang dari mereka.

***

“Dania, kau da solat Asar? Kejap lagi dah masuk waktu Maghrib,” sapa Aishah sambil menyentuh bahunya lembut.

Terasa ada kasih sayang yang padu di kala sentuhan itu menyapa lembut bahunya. Dan tatkala hampir menitiskan mutiara jernih, Dania menoleh dan sebuah senyuman diukir buat sahabat baiknya itu. Aishah mengangguk dan berlalu membiarkan Dania bersiap untuk bertemu penciptaNya.

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan Dania lagi ketika ini. Dia hanya mampu berserah kepada yang Maha Esa agar diberikan kekuatan meneruskan kehidupan ini tanpa diselimuti beribu kenangan bersama Hafiz.

Hujan kembali mata Dania tatkala dia menadah tangan berdoa kepada penciptaNya.

“Dania, kau kenapa..?Sejak dalam panggung tadi aku tengok kau menangis je..”tanya Aishah dengan penuh rasa ingin tahu.

Dania menghulurkan telefon bimbitnya kepada Aishah. “Kau tengoklah sms dari Hafiz.

“Dania, maafkan Hafiz. Hafiz nak bagitau Hafiz akan bertunang 31hb ni.”

‘Sabarlah Dania, mungkin jodoh kau bukan dengan dia. Lagipun masa takkan berpatah balik lagi dah. Kau kena terima hakikat ini Dania..”jelas Aishah yang sedia maklum mengetahui hal yang berlaku antara Dania dan Hafiz. Bukan setakat Aishah tapi Siti dan beberapa rakan Dania yang mengetahui Hafiz berpisah dengan Dania atas sebab Dania main kayu tiga.

Peristiwa lalu cukup memberi impak kepada kehidupan Dania sekarang. Dania bagaikan hilang separuh dari kehidupannya. Bukan Dania tidak mencintai Hafiz, tapi Dania sunyi setelah Hafiz melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Dania terlalu mencintai Hafiz dan mereka juga telah merancang akan menamatkan zaman bujangmereka selepas Hafiz pulang dari luar negara. Tapi, segalanya musnah akibat tindakan bodoh Dania sendiri.

***

“ Dania, Hafiz nak kita sama-sama janji...walau apa pun yang terjadi dan walau seribu tahun sekalipun kita berpisah, Hafiz harap Hafiz tetap di hati Dania dan begitu juga dengan Hafiz. Hafiz takkan tinggalkan Dania.Ini janji Hafiz...” ungkapan tersebut terngiang-ngiang di telinga Dania tatkala dia teringat kenangan di malam perkhemahan PRS 5 tahun lalu.

Dania sedar, perkara yang sudah terjadi tidak akan berpatah balik. Yang jelas, Hafiz bakal menjadi milik gadis lebih baik dari dirinya. Dia perlu meneruskan kehidupannya dengan tabah dengan kekasih barunya sekarang walaupun Dania masih mengharapkan Hafiz menjadi nakhoda kapal bahtera yang bakal mereka bina. Bagi Dania, walau seribu tahun sekalipun, Dania pasti tidak dapat melupakan insan yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu.

Beberapa hari lagi, Hafiz bakal menjadi milik orang lain. Bagi Dania, dia hanya mampu mendoakan kebahgiaan Hafiz dan tunangnya dan segala impian Dania dan Hafiz selama 6 tahun ini bagiakan “pelamin anganku musnah...”

Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya… Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih…

Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah

................................................................................................................................

Coretan Dania